Diskriminasi

Senarai nama student yang dapat pinjaman MARA sudah keluar dan ditepek di notice board tingkat bawah asrama . Aku teliti senarai itu . 'Oh, nama aku ada ' . Lalu aku bla dengan senang hatinya . Baru balik dari Giant , shopping pisang untuk breakfast akan datang . Aceh nak final exam baru retikan diri nak makan sarapan . Baru sedar sarapan itu penting . Dulu ayah kau cakap , kau buat pekak . Bajet diet-lah-sangat . Terus aku pergi bilik Bob ( bukan nama sebenar -misteri kan? )

Bob : Weh., petang ni ada taklimat MARA pukul 5.30 ptg .
Aku : Ek? Orite , semangat ni nak dapat duit .
 *********

Tepat jam 5.30 petang , dah aku chaphap kan diri dekat dewan . Ambil borang dan bla . Orang lain dengar taklimat , kau boleh bla balik hostel selamba kau je ? Okay . Kita tengok apa akibatnya .

Dah malam sikit , baru lah kitorang sibuk cerita pasal MARA . Masing masing dah berangan nak shopping , beli handphone baru dan blablabla . Tiba tiba terkeluar satu topik

"Kau dapat pinjaman penuh ke separuh? "
dan aku pun menjawab dengan hairannya "aik, ada beza ke? "

Rupa nya, kalau PENUH , dapat bantuan yuran and elaun sara diri . Kalau SEPARUH , yuran ajelah yang ditanggung . Aku pun dengan sepantas kilat (penipu ni) pergi tengok borang aku dan ternyata jelas dan cantik punya parking atas borang tu tulis macam ni :


PERINGKAT KURSUS : DIPLOMA
FAKULTI/PROGRAM : TEK . KEJ . MAKANAN
INSTITUSI : UniKL - MICET
TEMPOH : 3.0 TAHUN
BANTUAN : YURAN SAHAJA 



nampak tak nampak tak? What the frog !!!!! Nak menangis guling guling je rasa . Apakah impian aku untuk perasan pakai handphone mahal ada kaler sikit hancur berkecai? Ohmaigottt . Salah siapa?Salah siapa?Salah mesin pencetak slip gaji ayah aku lah ni , terlebih tulis '0' , What the !~#@$@%%%$%^&^&

Aku tak puas hati 1

Mak selalu cakap , 'Belajar pandai pandai nak , banggakan mak dan ayah kamu ini ' , lepas tu cium tangan mak and pergi sekolah . Mak selalu ingat sekolah tu tempat kutip ilmu , tempat belajar . Tapi mak , mak tahu tak apa sebenarnya ada kat sekolah tu? Meh nak cerita .




Tadika

Sejak dari tadika dulu lagi , memang telah dididik untuk menyalin . Salin aje apa yang cikgu tulis kat depan . Okay masa tahap ini aku setuju lagi sistem salin meyalin ni . Sebab time umur macam tu , minda tak berkembang lagi walaupun dah bagi minum macam macam susu termasuk susu lembu. So okay , aku halalkan isu salin menyalin dekat sini . Start dari A sampai Z dan 1 sampai 10 . Cikgu tulis besau besau dalam buku tulis petak gila gabak 4x4 , then kita kita yang comel comel berhingus lap guna hujung lengan baju pun ikut lah salin semula . Tangan pun terketar ketar je . Baru pegang pensil lah katakan .

Sekolah

Sekolah rendah , masuk darjah 1 . Kita diperkenalkan dengan sistem 'Mari sambung titik ye anak anak' , Aku kadang terfikir , tak penat ke jadi cikgu sekolah rendah? Konon cakap senang nak handle budak kecik . Tapi aku rasa lagi tension .. Nak sediakan titik titik dekat student yang cecah hampir 30 orang satu kelas . Tu tak masuk lagi kes murid berak dalam seluar ke , nangis peluk pintu pagar tak nak gi sekolah ke . Lagi best jadi cikgu sekolah menengah . Kerja lempar buku je . Praktis sebelum berperang dengan laki kat rumah .

Sekolah menengah . Ini sudah advance . Selalu ada kerja buat folio lah, presentation lah . DAN haa masa ni lah start ada budaya BUAT BUKU NOTA . Masa aku sekola menengah dulu , cukup membuatkan aku rasa macam nak carik carik bulu kaki ialah bila dikerahkan untuk melengkapkan NOTA SEJARAH . Diulangi, NOTA SEJARAH . Kenapa kena buat nota sejarah? Kenapa kena salin balik apa yang dah terang tang tang ada dalam buku teks? Kenapa dah sibuk highlight guna bermacam highlighter mahal dan berwarna warni dekat buku BUT STILL , kena buat nota sejarah . Persoalannya , APA GUNA ADA BUKU TEKS KALAU NAK KENA SALIN BALIK? dan apa guna TEKNOLOGI FOTOSTAT ? cakap dah maju sangat , semua nak automatik . Apekes nak guna manual lagi ? Ini bukan cara terbaik untuk bajet rajin . Ini namanya bodoh . Kenapa? Sebab merumitkan kerja yang mudah . Okay dalam hal ini , *thumbs up* untuk Shafiq .



Universiti

Aku mengaku , agak terkena kejutan sikit bila masuk U (tulis U nak besar besar je , bangga beb ) Bukan kejutan budaya,tapi kejutan dengan cara belajar dekat sini . Plus I'm staying at hostel , I'm a bit uncomfortable with this situation as I've never staying in hostel before . Pfttt speaking ke ? Tolonglah jangan praktik kan profiency english disini . Cara belajar di Universiti . Bagi aku , sangat HINA . Kenapa? Sebab penuh dengan ciri ciri negatif . Antaranya PENTINGKAN DIRI SENDIRI , DENGKI MENDENGKI ,TIPU MENIPU ,CURI MENCURI , dan you name it lah . Dari pemerhatian aku , inilah yang aku nampak . Terpulang lah pada korang nak judge macam mana . Tapi inilah yang betul betul terjadi dekat mana mana institusi pengajian tinggi .




Pentingkan diri sendiri ;
Masa inilah semua nak jadi kedekut ilmu . Sanggup biarkan orang lain ketinggalan semata mata untuk kepentingan diri sendiri . Ada yang lagi jahat , masa ada class cakap class cancel . Tak pasal pasal memember yang lain tak pergi class and automatik attendance 'absent' .

Dengki Mendengki ;
Sama je macam kes atas ni . Obviously boleh nampak bila ada antara korang yang UP sikit dari korang , sure nanti ada yang soseh soseh mengata . Cakap jadi anak ikan emas lecturer lah , kaki kipas lah dan so on .

Tipu menipu ;
Dalam test . Meniru . Assignment , copy orang punya . Attendance , suruh orang sign kan . Ini semua dalam kategori MENIPU .

Curi Mencuri ;
*Teet* Betul , curi assigment orang lain . and ganti ngan nama dia sendiri . What the fish !!

Dan satu lagi aku nak pertikaikan , apa gunanya ada LECTURER dan LECTURE CLASS , kalau satu ape pun tak bagi manfaat . Apa faedahnya menggaji LECTURER yang konon ada kelulusan tinggi sampai Master hape ke benda tapi kerja tak nak buat . Asyik replace class and buat student tension je . Apa function ada LECTURER kalau LECTURER marah balik student bila student cakap student tak faham apa yang dia ajar dan dengan alasan 'You're not paying attention while I'm teaching' , Apa function submit assignment and lab report kalau semua benda tu tak ditanda? Apa function? Ada function? Memang ada . Menghabiskan masa dan duit mak bapak aku je .



p/s:memang aku tengah marah , dan aku memang maksudkan apa 
yang aku cakap dekat atas . Aku tak nak minta maaf kalau ada yang terasa , 
sebab aku tak mention sebarang nama , tempat , 
perwatakan mahupun ciri fizikal orang yang terlibat .
Kalau ada yang terasa , itu kau punya pasal .






                 

Epilog

Aku menulis , bukan nak tunjuk pandai . Ataupun nak tayang dekat semua orang bahawa aku ada blog . Itu semua publisiti murahan , Aku tak suka . Tak suka maksudnya disini ialah tidak gemari , benci atau lebih tepat yang orang perempuan suka cakap 'menyampah' . Ha, betul lah tu . Aku benci dengan publisiti murahan . Ini bukan blog pertama aku , dan tak mustahil juga ini mungkin bukan yang terakhir .

Aneh , kenapa aku suka buat blog banyak banyak? Bukan sebab aku mudah bosan dengan blog ni . Tapi bosan dengan orang sekeliling aku . Aku bosan dengan cara diorang . Setiap satu blog yang aku create , semuanya ada maksud tersendiri . Pernah aku buat blog dulu, terhad hanya tentang dunia aku ketika di bangku sekolah . Bila melangkah dewasa sikit , masuk Universiti , create yang baru pula . Dengan harapan nak buka lembaran baru . Tapi apa aku dapat ? Cuma perkataan 'cehh' keluar dari mulut aku . Ulang sekali lagi , 'cehh .. ' Okay cukup, nanti bersembur .


 menyampah dalam bahasa omputih apa? annoying?
ini yang aku jumpa dekat deviantart.com,comel kan?


Jangan over acting . Aku 'menyampah' . Kenapa aku menyampah? Sebab aku perempuan . Dan perempuan suka menyampah dekat sesuatu perkara tu , tanpa ada sebab kukuh . Kau tak percaya? Kau tanya lah perempuan sekeliling kau . Kau perempuan? Kau geleng? Tu tandanya kau menipu . Atau lebih tepat , kau bukan perempuan tulen . Okay, patut ke aku cakap macam ni? Jap nak fikir .





berdiam diri atau terus terang? Ini satu option




Volver al inicio Volver arriba Kepala Bukan Untuk Dipijak; Tapi Berfikir. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.