Dulu aku taksub dengan Myspace . Memang taksub gila . Satu hari tak online , rasa nak menangis cium lantai je . Tapi sejak ada perempuan yang oh-so-annoying copycat aku , curi gambar aku . Aku jadi dah menyampah-tak-nak-kawan dah dengan Myspace . Jadi aku curang dengan Tom . Aku gedik gedik dengan Facebook lak (tak tahu nama pengasas dia) . Walaweh layan facebook memang best . Tangkap masyuk . Lagi lagi bila melayan game yang buat air liur gua meleleh kat dalam tu . Siapa ada Facebook , dia tahu lah kenikmatan Facebook ni . Nikmat tu aku refer pada perkataan 'best' je ye . Kau jangan nak memandai klasifikasikan dalam group 'melucah-lucah' , okay?
tengok tu, muka aku tak ada pun! Ni nak marah ni .
Tapi .. sejak beberapa hari ini . Aku rasa resah gelisah . (nada apa ni ye? Melankolik?Kronik?Err aku bukan budak sastera) Kenapakah aku rasa resah gelisah? (okay ini satu persoalan .. jeng jeng jeng ) . Dan aku rasa makin menyampah (huh, dah resah , gelisah , menyampah.. lepas ni apa punya 'ah' pulak?). Okay lah , ayat aku dah tunggang terbalik ni . Cerita dari awal balik . Pusing pusing wehh pusing . Kau buat buat tak baca eh peregeraf atas ni (paragraph lah perempuan , kau ni nak berblogging tapi tak reti mengeja. Bajet comel ah eja macam tu?)
Okay back to topic . Aku mendapati , bukan aku je mendapati . Semua orang pun kot mendapati .Even kajian pun mendapati . Memang silap besar lah aku 'mendapati' benda ni terlambat . Kalau aku discover awal awal , mesti aku femes kan? Aku mendapati bahawa, Facebook membawa kepada pelbagai bencana alam . (menipu nya guna ayat bencana alam. Ayat nak gramatis selaluww. Auw) . Maksud tersirat ialah , membawa kesan buruk . Dan I hate it . Eh silap , And I hate it . Haa, dah betul .
Antara kesan-kesan buruk nya ialah :
- Murid-murid hilang tumpuan belajar . Malas buat homework and sibuk melayan Farmville .
- Student yang nak final exam semua malas nak study . Alasan bodoh digunakan , study 'buku muka' . Alasan yang kurang bijak.
- Para gf atau bf semua hampeh tak reply message . Sbb sibuk melayan Sorority Life and Mafia Wars. (pakwe aku layan Naruto. Hekeleh )
- Laptop semua dah nak naik jahanam pasal tak reti reti nak Shut Down . Sebab apa? Sebab nak on Facebook selalu .
- Dah, you name it . Penat la weh type panjang2 . Aku nak final ni . Hah , blogging pun tak bagus gak! (tak pasal pasal)
tapi paling aku nak highlight and tak puas hati , part point no 3 tu . Kau faham2 sendiri lah .
ahh, piggy piggy . Comel-kepalahotak-kau
I hate you , you merosakkan rumah tangga I dan si dia .
wooo~ (sambil lari keliling rumah , boleh tak?)
p/s: Game apa lagi best dari yang aku state kat atas? Tak mencabar minda langsung . Cehh .







6 comments:
nk komen gak..wa da deactivte fbook...
sbbnyer...lbey kurang nga lam posting tu...
hehe
wah , sampai deactvate facebook sekali . memang radikal ni . Haha
weh, jangan! aku layan beb, Sorority Life tu~ game yg confirm aku main kalau bukak fb~ huhu~
akuro san : haha, aku x cakap pun sorority life tu tak best. aku kasi contoh je. benda tu semua melekakan . best memang best , tapi banyak makan diri . padahal salah kita sndiri . tak pandai manage masa . haihs
Hidup Facebook!
Hahahahaha..
Amboi amboi, taksubnye
Post a Comment