Hari Lahir

Apa yang kau bayangkan bila orang sebut hari lahir ?Birthday lah dalam kata orang putih tak makan budu . Mesti kau bayangkan , banyak belon , ada kek , jamuan makan makan dan HADIAH! oyeah part hadiah yang best tu . Tapi bagi aku . Tak .

Ucapan dah cukup penting bagi aku .
Lebih bermakna jika ucapan tu hadir terus dari mulut dan bukannya kad ucapan mahupun sms . Tak gentle lah sms , kalau nyanyi sambil petik guitar lagi fulamak cun oh .
Aku dapat banyak ucapan birthday .
Tapi through facebook dan sms je yang banyak .
Yang call aku? Boleh kira pakai jari kaki .

Aku cukup sedih dan kecewa kalau orang yang rapat atau yang aku sayang , tak ucapkan 'selamat hari jadi' kat aku , dengan agen penyampaian yang kurang sesuai . Contohnya , melalui mesej la . Apa kah susah sangat nak call aku ? Bukan ke call lagi afdal ?

Aku sedih . Kawan baik sendiri lupa birthday aku .
Bila aku mesej , dia bagi alasan dia tak ada kredit .
Okay , mungkin boleh diterima .
Standard lah budak umur macam aku ni , mak bapak yang support duit .
Bukan nya ada stok kad topup dekat blakang rumah .

Birthday diorang aku ingat , siap sambut dan semangat lagi TERJAH bandar Tampin nak cari kek dan hadiah .
Tapi birthday aku , berakhir dengan ucapan 'sorry dan Happy Birthday ' je .
Fine . Aku tak harapkan hadiah .
Ataupun balasan atas apa yang aku dah buat pada diorang .
Tapi pls , at least tunjukkan penghargaan .
Semua orang suka bila dirinya dihargai .
Kalau tak , mana mungkin Loreal gunakan motto 'Kerana dirimu begitu berharga'
Betul . Penghargaan amat penting .
Kalau tak , tak ada lah ungkapan 'Sijil Penghargaan' di wujudkan .
Menghargai dan Dihargai amat penting
Sama juga macam Give and Take
dalam persahabatan perlu saling memberi dan menerima serta memahami .
perkataan 'SALING' membawa maksud 'ada balasannya'
jadi fikirkan lah .
Kalau kau ada kawan , sila hargai dia . Sementara dia masih ada , dan sementara dia masih ada disisi kau . Sebab aku tahu , 'orang hanya akan pandai menghargai sesuatu hanya apabila dia sedar dia telah kehilangan benda itu '


p/s : Macam ini ke kawan ? Sumpah aku kecewa .
Teman masa senang mudah dicari , masa susah .. kita yang kena tanggung sendiri .
baik hidup sensorang je macam ni . Huh

0 comments:

Volver al inicio Volver arriba Kepala Bukan Untuk Dipijak; Tapi Berfikir. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.