Kalau rasa mengalami kenipisan idea serta ketidakstabilan emosi , sila jangan tulis belog boleh?

Aku perempuan . Dan belog ini punya URL pun tulis 'akuperempuandialelaki' Jadi , aku akan cerita tentang perempuan, menangkan perempuan,pertahankan perempuan,dan sebolehnya nak cari point untuk cari salah lelaki . Okay sampai baris ni , ada siapa siapa tak puas hati? Tak ada? Oh bagus! (aku buat buat buta boleh?)

Aku tak faham lelaki . Betul lah tu , macam laki aku cakap dekat aku , aku tak pernah faham lelaki . Oh nak cakap lelaki jelah faham perempuan? Ohmaigot sweetnye lelaki tu . Tapi yang aku tak faham, skop pemahaman lelaki terhadap perempuan, hanya lah merangkumi bahagian keburukan perempuan itu sendiri. Bukan nya dari segi kebaikan . Contoh apa yang lelaki 'fahammmmm' sangat tentang perempuan:

  • Kalau perempuan merajuk , diorang anggap perempuan tu terlalu manja, menggedik ataupun hati tisu. Padahal dia tak tahu, kadang kadang kami ladies ladies cuma nak kan perhatian. Diulangi, PERHATIAN . Aiseh, bukan susah pun beb . Cakap "Merajuk dengan I ye? Sorry ye sayang . (sambil buat muka comel. )". sekejap je perempuan tu dah cool . Tak perlukan belanja besar or nangis guling guling depan kami . *tak direcommend buat perempuan yang brutal dan menyampah dengan lelaki yang buat muka comel*
  • Lelaki selalu fikir semua perempuan mata duitan. Eh sah-yang ku , bukan semua perempuan mata duitan diera globalisasi ni . Padahal sekarang ni aku tengok, lelaki yang lagi bergiat aktif kikis duit perempuan. Setuju?
  • Dan yang sebagainya. (aku tiba tiba tak ada mood bila terfikirkan pasal lelaki)


Entry tergantung . Nak mengamuk ke? Lantak kau lah . I'm the author and I have the right to do anything I wish for.


p/s: Nak tulis pasal benda yang nak kondem lelaki ni , kena ambil feel sikit . Sekarang aku tak dapat 'gali' lagi . Nnti aku study dulu . Seram gak aku nak tulis benda macam ni , karang tak pasal belog aku kena banned. Aku dah penat nak buat belog baru lagi . Dah banyak sangat e-mail account yang aku create . Tak kesiankan aku ke?

4 comments:

Ahmad Luqman said...
November 5, 2009 at 9:22 AM

Ada kena mengena dengan entri TUMBUH aku ke? Haha, cewah.

Eh kau dah kahwin? Betul ke ni? Tahu tak aku budak sekolah, boleh ckp aku kau jeh dengan kau? Haa haha.

Quinn ; Harley Quinn said...
November 5, 2009 at 10:04 AM

entri TUMBUH? woah, apakah? aku kena cekedaud lah ek.

Gila lah dah kahwin. aku 18 pun tak cukup lagi. Standard lah tu isytihar 'laki' sndiri . Jangan serius , apa aku tulis semua tak boleh pakai . HAHA

Ahmad Luqman said...
November 5, 2009 at 3:22 PM

HAHAHA ohh ingat dah kahwin, sebab kau ckp pun mcm org besar hehe

Quinn ; Harley Quinn said...
November 5, 2009 at 5:37 PM

HAHAHA yeke? baguslah tandanya aku dah matang .

Volver al inicio Volver arriba Kepala Bukan Untuk Dipijak; Tapi Berfikir. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.