Mari Berilmiah hari ini .

Lama dah aku tak ber-belog.Rindu aku tak?Aku tak kira kau rindu aku ke tak, yang pasti aku nak kau jawab 'Omaigot rindu gila kat kau, Quinn' dekat aku punya comment ni. Kau copy and paste cukup , kau nak ikhlas ke tak , itu sesuata yang optional . Tapi untuk cakap kau rindu aku , kau tak ada option lain . Do it or you'll die . (bunyi macam ugutan , memang ugutan . Sila jangan panik) Okay enuff with this Quinn. Kau buat orang menyampah nak masuk blog kau . Kau kena buat baik dengan diorang ,supaya diorang rela hati click Nuffnang kau yang baru masuk RM0.25 tu . Kau sedar tak? 25 kupang . Beli aiskrim Mat Kool pun tak laku.

Okay para pembaca blog sekalian, hari ini saya ingin berlidah lembut dengan anda (soft spoken okay?) Jadi sila sila lah kelik advert Nuffnang saya ye . Satu Kelik Setiap Satu Hari . Jasamu dikenang sentiasa . Oh aileviu Malaysia! 1Malaysia! (annoying gila)

Okay tajuk aku kat atas ni macam bagus je kan? Nak berilmiah lah konon . Okay la meh aku nak kongsi sabda Rasulullah S.A.W . Tentang TAKBUR , aka bangga diri,bajet bagus,perasan lawa/hensem,dan yang seangkatan dengannya. (betul ke penjodoh bilangan aku ni?)

DARIPADA Abdullah: Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak akan masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada sifat takbur. (Riwayat Tarmizi).
Pengertian
Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa sifat takbur yang ada dalam jiwa seseorang itu adalah penghalang utama untuk dia ke syurga kerana sifat tersebut akan menggugurkan segala amalan kebaikanya, malah keimanan dan akidahnya juga dikhuatiri akan terjejas dan layu dan mati, maka seseorang itu tidak berhak untuk memasuki syurga Allah di akhirat nanti
Kesimpulan
Penyakit takbur ini amat berbahaya jika ia menyerang benih iman yang ada dalam hati seseorang itu hingga dia tidak layak untuk ke syurga kerana imannya sudah layu dan mati. 
 
***************

Kau nampak tak? Bahayanya takbur . So macam mana sekarang?Kiranya kalau orang puji kita, and then kita bangga kembang kembang hidung and cakap 'ala, see the leg ahh' , kira takbur juga lah kan?Omaigot aku dah banyak dosa ni . 


p/s: kau rasa ada comment tentang ni , kau kemukakan . Tapi kalau kau ada soalan pasal takbur menakbur ni , aku mohon kau jangan lah tanya aku . Sesat kau karang , aku tak nak tolong kau u turn balik kejalan yang benar. Minyak mahal weh sekarang .
 
pp/s: Weh Nuffnang tu Nuffnang !!! Kelik ye ;) siapa nak aku kelik Nuffnang, drop dekat chatbox aku. Orite?

1 comments:

DH said...
November 13, 2009 at 5:09 PM

Saya sudah klik...
Anda bagaimana?
Nuffnag!
Saya mesti pilih!
Hahahahaha..
XD

Volver al inicio Volver arriba Kepala Bukan Untuk Dipijak; Tapi Berfikir. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.