Cakap Berlapik Tak Kena Debik

Mulut kena jaga dalam percakapan .
Bahasa mesti sopan .
Unsur unsur mencurat amat dilarang .
Lagi lagi untuk budak kecik .
Tak boleh cakap 'bodoh' , nanti tuhan marah . Mak cili mulut guna cili api .
Tapi bila dah besar , selamba aja cakap 'bladi hel' 'watefak' dan yang sekamus dengan nya .
Kenapa dah besar tak kena cili pulak?
Sebab emak emak kita dah tua tak larat kejar kita untuk sumbat cili dalam mulut?
Hmm . Bukan ke kalau dah besar , kena pandai fikir sendiri lah apa baik dan yang tak .
Bak kata Nabil 'lu pikir lah sendiri'
huh . ayat trademark si Nabil ni pun bukan nya aku gemar sangat .
Penggunaan 'lu' tu macam kasar , walaupun ada unsur gurauan disitu .
Bila budak budak dah belajar cakap macam tu , mulalah mereka terpengaruh nak praktikkan dekat orang lain .
Contoh terdekat, dekat mak bafak diorang sendiri lah .
Mak tanya ' 1 campur 2 berapa boboy?
Boboy jawab 'Lu fikir lah sendiri mak!'
Kalau ini anak aku , memang aku smackdown je .
Lama dah tak layan wrestling ni . Memang hobi aku masa muda muda dulu .
Ai love Stone Cold Steve Austin , how about yiu bebeh?


Bahasa jiwa bangsa.
Aku tak pasti sejak bila aku bersemangat kebangsaan bajet sayangi bahasa melayu sangat ni ,
tapi aku mula sedar bila aku sendiri termakan hati dengan cara orang sekarang bercakap .
Kasar sangat .
Aku kena mula semula .
Kaji balik bahasa ,

Budi Bahasa Budaya Kita .. teneneneng
(background music , Ai pilih lagu yang Siti Nurhaliza nyanyi tu , okay? )




p/s: bahasa juga penting bagi para blogger . Penggunaan bahasa berbeza membawa persepsi berbeza kepada para pembaca. Apa kau ingat , senang ke nak jadi blogger berjaya? Setakat dapatkan follower banyak banyak dengan berblogwalking jumping hopping jadah semua tu , tak membuatkan kau menjadi seorang blogger yang heh-bat . Renungkan .

Yang baik jadikan teladan

Pengajaran hari ini ialah , banyak memang banyak . Bila buat kerja, mesti ikhlas baru senang hati hohoho .
Jangan mudah percaya dengan orang asing . Aku nak story satu story yang korang rasa teruja nak aku story . Topik nya ialah 'PUKAU' ya tepat sekali .
Pukau sekarang orang dah tak pakai untuk tekel awek je , now orang guna untuk merompak pula . Aku dan family aku jadi mangsa keadaan . Aku tak nak cerita panjang sebab basically member2 aku cakap , bila aku bercerita jadi merepek je . Haram kau tak faham . Yang pastinya bila aku bercerita mesti akan ada 'blablabla KAN KAN?blablablabla PASTU EN.. blablabla .. op op? Haihs . Dari dulu sampai dah cukup umur buat Maybank2u , aku kekal tak matang .

Okay abaikan . Aku just nak kau hati hati dengan Satu keluarga Arab yang menggelarkan dirinya dari Bahrain, Arab Saudi . Mereka consist of 4 family member . Sorang guy lingkungan 20 something , satu mamat 40++ , budak kecil umur 5++ dan makcik umur 40++ .Mereka akan mendakwa dan bertanya , dimana KFC ataupun restoran makanan halal yang berdekatan . Mereka juga akan tanya apa currency yang digunakan di Malaysia . Dan pada masa inilah taktik pukau digunakan . Mereka akan suruh anda anda ante ante mengeluarkan wallet untuk bagi mereka tengok itu wang dari Malaya lah , dan anda anda ante ante yang sudah kena pukau akan bagi itu duit pada mereka lah . Ada faham ka?


Okay dah, kalau tak faham .. baca banyak kali sampai kau faham .

p/s: pengajaran lagi satu yang aku dapat masa shopping kat Econsave . Kalau rasa tak nak orang pandang semacam , jangan kau berani berani pakai baju kaler oren floresen dan mantul tak ingat dunia JIKA kulit kau macam orang kerja buat jalan tar . Sekian.

Khasiat

Buah buahan banyak khasiat yang baik untuk tubuh kita. Tapi hati-hati dengan betik. Kerana ia bertindak sebagai agen pelawasan. Dan pastikan anda tidak ada janji temu mahupun event yang penting pada hari anda rasa macam nak makan betik satu besen yang dipotong semalam dan diletakkan dalam peti sejuk dan oh brain freeze je bila makan dan oh oh nikmatnya terasa . Kerana saya yakin , semuanya akan spoil. Anda bernasib baik jika ada event di Jusco mahupun pusat membeli belah kerana ada banyak tandas disediakan. Tapi awas, jika anda berpiknik tepi kolam ataupun tempat yang sukar ditemui tandas. 

p/s : makan cheese cake kat secret recipe sia sia je keluar balik . tsk tsk

Hari Lahir

Apa yang kau bayangkan bila orang sebut hari lahir ?Birthday lah dalam kata orang putih tak makan budu . Mesti kau bayangkan , banyak belon , ada kek , jamuan makan makan dan HADIAH! oyeah part hadiah yang best tu . Tapi bagi aku . Tak .

Ucapan dah cukup penting bagi aku .
Lebih bermakna jika ucapan tu hadir terus dari mulut dan bukannya kad ucapan mahupun sms . Tak gentle lah sms , kalau nyanyi sambil petik guitar lagi fulamak cun oh .
Aku dapat banyak ucapan birthday .
Tapi through facebook dan sms je yang banyak .
Yang call aku? Boleh kira pakai jari kaki .

Aku cukup sedih dan kecewa kalau orang yang rapat atau yang aku sayang , tak ucapkan 'selamat hari jadi' kat aku , dengan agen penyampaian yang kurang sesuai . Contohnya , melalui mesej la . Apa kah susah sangat nak call aku ? Bukan ke call lagi afdal ?

Aku sedih . Kawan baik sendiri lupa birthday aku .
Bila aku mesej , dia bagi alasan dia tak ada kredit .
Okay , mungkin boleh diterima .
Standard lah budak umur macam aku ni , mak bapak yang support duit .
Bukan nya ada stok kad topup dekat blakang rumah .

Birthday diorang aku ingat , siap sambut dan semangat lagi TERJAH bandar Tampin nak cari kek dan hadiah .
Tapi birthday aku , berakhir dengan ucapan 'sorry dan Happy Birthday ' je .
Fine . Aku tak harapkan hadiah .
Ataupun balasan atas apa yang aku dah buat pada diorang .
Tapi pls , at least tunjukkan penghargaan .
Semua orang suka bila dirinya dihargai .
Kalau tak , mana mungkin Loreal gunakan motto 'Kerana dirimu begitu berharga'
Betul . Penghargaan amat penting .
Kalau tak , tak ada lah ungkapan 'Sijil Penghargaan' di wujudkan .
Menghargai dan Dihargai amat penting
Sama juga macam Give and Take
dalam persahabatan perlu saling memberi dan menerima serta memahami .
perkataan 'SALING' membawa maksud 'ada balasannya'
jadi fikirkan lah .
Kalau kau ada kawan , sila hargai dia . Sementara dia masih ada , dan sementara dia masih ada disisi kau . Sebab aku tahu , 'orang hanya akan pandai menghargai sesuatu hanya apabila dia sedar dia telah kehilangan benda itu '


p/s : Macam ini ke kawan ? Sumpah aku kecewa .
Teman masa senang mudah dicari , masa susah .. kita yang kena tanggung sendiri .
baik hidup sensorang je macam ni . Huh

Boleh biarkan title kosong tak?

aku nak tanya , perlu ke tulis blog dalam bahasa inggeris baru nampak HOT? HOT tu apa? panas? Apa definisi sebenar hot ? Necessary ke nak jadi hot ? Mati ke kalau tak hot? Apehal kalau free hair pakai seksi seksi je dapat tittle hot?

Gila lah entry aku, kontroversi sungguh . Okay ttup soal ni .


Weh hari ni birthday aku . Dah cukup 18 dah . Boleh buat Maybank2u dah . Memang dari dulu lagi aku ngidam nak daftar maybank2u ni . Akhirnya impian aku bakal terlaksana . (bangga gila <-- )

Aku dapat hadiah birthday , dari abang aku . Bukan abang ipar mahu pun abang kandung yang dimengandungkan mak aku . Tapi abang angkat ( sejak bila declare ni? )
Dia bagi aku novel . In english ."The Witch Of Portobello by Paulo Coelho" . Perghh haram aku berbelit nak faham . Okay itu tak apa . Tak parah lagi tu . Yang parahnya , aku tak suka membaca . Lagi lagi novel . Hesh . Okay abang , abang baca kan? Jangan gelabah , Quinn still suka hadiah tu . Wrapping nya memang hebat . Macam macam kaler ada , purple putih hitam dan err coklat (faham tak wana coklat apa dia? )

Aku terkedu jap . But then aku baca synopsis . Okay . Aku dah faham kenapa dia hadiahkan buku ni . Kau takkan faham , hanya Aku dan Abang je yang faham . TQ abang for the birthday present . I know that I'll gain something from this book (only if i manage to finish read them up) . But I promise you , I will . Even it may takes like forver for me to read this book till the last pages . Ahah . Doakan saya .

p/s: sediakan kamus BESTA kat sebelah . Memang membantu .

Otak Beku

Aku tengah cuti sem . Best . Itu kau yang cakap . Bagi aku , BOSAN . Hari hari kena berdepan dengan house chores . Tak best , sebab kalau aku rajin atau buat buat rajin pun , tak mungkin aku berjaya jadi macam Cinderella . Tak mungkin aku ada tikus tikus menari sama sekali dengan aku buat kerja . Ini semua dongeng . Dan dapur aku bersih . Tak ada tikus , okay clear? Dan harapan jelah if berangan ada putera raja kacak gila kalah shaffy datang rumah aku . Kalau betul ada putera datang , bukan setakat buat buat menyapu , aku siap acting sagat lantai guna berus gigi sekali . Amacam? Cun tak? Ada gak gadis melayu tak?

Aku nak kerja . Aku tak nak goyang kaki dekat rumah , aku tak nak ternak lemak mahupun menambah layer perut . Aku tak nak nampak uglayh . Tak sexayh la macam ni . Kalau aku kerja, boleh dapat gaji. Gaji boleh dibuat shopping . Aku memang perlukan duit . Nak harapkan Nuffnang aku? Alamat nya kais pagi makan pagi kais petang makan petang lah . Kau orang mana kisahkan advert Nuffnang aku tu . Mentang mentang tak ada muka Maria Ozawa come out dekat situ , terus kau orang tak selera nak kelik . Ini lah manusia , nak yang chun chun aje . Kalau advert tu letak muka mamat sengih nampak gigi dua batang ,sebatang hitam legap sebatang lagi tunggu masa nak gugur and then hingus meleleh srprpppppp srpppppp  , kau agak agak kau kelik tak? Memang tak menarik perhatian .

Aku rasa cuti ini aku nak kahwin la . Okay okay aku tipu , jangan percaya weh . Otak dah beku . Tulis pun melalut . Aku nak kerja . Kalau aku tak kerja , aku akan mengalami kebekuan yang lebih melampau pada masa akan datang . Aku perlukan sesuatu untuk dibuat . Kalau dapat tiker pergi tak balik balik ke Jalan Ikhlas, Cheras  memang aku nak !! Tolong email aku kalau ada . *wink wink , buat muka comel ni .


p/s : Ini lah remaja , orang duduk rumah tolong mak kat dapur , tapi aku? Sibuk nak keluar . Woi Quinn kesiankan lah mak kau tu . Astaga

Halal Dan Haram




Halal dan Haram . Kau boleh bezakan tak? Orang Islam semua sedia maklum tentang halal dan haram kan? Even yang non-muslim pun dah faham apa maksud halal dan haram . Tapi aku tengok orang akhir zaman sekarang ni main terjah je if tak haram pun . Lagi suka layan yang haram adalah . Astaghfirullahalazim ..
(do I sounds annoyed to you? ) Okay lah, aku tak cakap aku alim or bagus sangat nak pertikaikan hukum halal dan haram ni . Aku pun jalan jalan kat shopping complex dengan bf aku pegang tangan. Nampak kat situ? Itu haram, tapi aku buat juga.Walaupun dilihat dari mata kasar macam berpegangan tangan tu seolah perkara yang remeh , tapi hukum nya tetap haram

Sama juga dengan hukum hakam atas kesalahan yang lain. Okay lah contoh kesalahan kecil yang kita kadang kadang ter-buat atau pun memang sengaja buat ialah menipu , kutip duit orang tercicir tepi jalan (kalau nampak rm50, kau berlalu begitu saja ke?Err kalau aku , ambik la .Buat beli topup . Jangan beli benda makan, HARAM oh) , dan blablabla . Sekarang yang aku tengok remaja skang syiok layan ialah dadah dan arak . Aku heran lah apa rasa arak tu . Aku terpikir pikir . Korang tak terpikir pikir ke? Dan aku lagi lah heran, apa yang dibanggakan sangat if dorang sampai tahap 'klimaks' . Tak . Maksud aku , tahap 'high' bajet boleh fly high and the you die , atau dalam bahasa kampung mabuk ah . Jalan macam orang tak ada tulang belakang . Terhuyung hayang . What the fish in the pond je mereka ni .



err arak halal? logik ke?


Aku pon heran apa sal aku berilmiah dan semangat dakwah sangat lately ni . Oh my my, adakah aku telah dikurniakan hidayah . Oh what to say 'alhamdulillah' , kalau bebetul aku dapat hidayah . Doakan aku dapat baiki balik kesilapan masa lalu aku . Jadi hamba yang taat, anak yang solehah serta bakal ibu mithali (gila bajet nak kahwin dalam masa terdekat) . Okay cut it off dengan isu aku nak kembali kepangkal jalan ni . Aku cuma nak kupas isu halal dan haram dalam post aku ni . Jangan ganggu aku . Aku nak spread the word ni .
Haa tentang apa? Jeng jeng jeng .

Tentang senarai makanan dan minuman serta apa kebenda semua yang kita guna dalam kehidupan seharian . To be frank aku cakap , memang nak ngamuk je bila baca list ni . Mana tak nya, benda faveret aku tulah yang dilabelkan 'tidak halal' . Aiseh nak percaya ke tak ek? Tapi hakikatnya , memang ni lah yang berlaku dalam industri penghasilan makanan . Diorang kira apa nak buat makanan halal or haram. Yang penting diorang dapat hasil . Kita pulak , beria lah makan benda benda tu . No wonder lah kita ni makin gelap hati . Sebab hari hari telan benda haram . Dah sebati pun dalam daging kita (istighfar lagi weh!) Haihs hati oh hati , banyak kerja polish memolish perlu dibuat ni .


Halal: Halal is a Quranic term which means allowed or lawful. Halal foods and drinks are permitted for consumption by Allah-the Supreme Law Giver. Eating Halal is obligatory on every Muslim.

Haram: Haram is a Quranic term which means prohibited or unlawful. Haram foods and drinks are absolutely prohibited by Allah. Eating Haram is forbidden for every Muslim.

Mushbooh: Mushbooh is an Arabic term which means suspected. If one does not know the Halal or Harm status of a particular food or drink, such a food or drink is doubtful. A practicing Muslims prevents himself from consuming doubtful things.



*****************


*click untuk tengok wajah comel mereka. Auww


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak MasakLAM SOON  aku taktahu brand apa ni. nampak sangat aku x memasak .
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) Thailand mari. ubat kurap ke?
> 3. Ajinomoto ( Thailand ) okay, meh support buatan malaysia
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas lol , dah tu cornetto?drumstick kit kat?trophy?magnum?BR? :'(
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand aku pakai bedak sejuk je .
> 7. Sabun FAB berbuku apa buku buku? orang pakai cecayerr lah sekarang
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow


SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi woi gila kau, faveret ni!! :'((( nangis guling guling
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’ what the fish in the pond , tak pernah dengar pon
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL ceh bajet publisiti siap tulis alamat
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam shampu ape nak pakai?safi jela ek?
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald  aiseymen!
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina aku baru sebut ubat kurap, kat bawah ni rupanya
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat wahai pencinta cokelat , sila bunuh diri .
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik habis kau nak letak dalam ape? melamin?gila ah
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo lol , produk utama ni . sob sob T.T
> 21 Lady’s Choice Jelly




And ada info tambahan .PRINGLES confirm haram . Haram bermaksud TAK HALAL lah bijak . Aku tengok ramai sangat beria makan Pringles tu . Dan orang selalu pertikaikan ," if tak halal apesal still jual?" eh pikir lah . Money can talk tho . Plus syarikat besar tu , senang je nak sogok . If tak percaya, go ahead . Dosa sendiri mahu ingat . Makan benda haram ni , efffect dia banyak . Kesihatan tu penting .

ini code makanan yang mengandungi unsur unsur binatang 'comel' ni :
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.


*******************

P/S: apa patut ke aku berkabung pasal ni?kau sedia maklum kan bahawa sanya MAGGI adalah makanan hidup dan mati bagi kami Mahasiswi . Oh **** mengapa kau tidak mengerti?mengapa kau digaul masuk kedalam makanan feveret kami? oh oh oh

pp/s: Halal dan haram perlu dititikberatkan . Dah habis baca, sila sebarkan .

Volver al inicio Volver arriba Kepala Bukan Untuk Dipijak; Tapi Berfikir. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.