Cakap Berlapik Tak Kena Debik

Mulut kena jaga dalam percakapan .
Bahasa mesti sopan .
Unsur unsur mencurat amat dilarang .
Lagi lagi untuk budak kecik .
Tak boleh cakap 'bodoh' , nanti tuhan marah . Mak cili mulut guna cili api .
Tapi bila dah besar , selamba aja cakap 'bladi hel' 'watefak' dan yang sekamus dengan nya .
Kenapa dah besar tak kena cili pulak?
Sebab emak emak kita dah tua tak larat kejar kita untuk sumbat cili dalam mulut?
Hmm . Bukan ke kalau dah besar , kena pandai fikir sendiri lah apa baik dan yang tak .
Bak kata Nabil 'lu pikir lah sendiri'
huh . ayat trademark si Nabil ni pun bukan nya aku gemar sangat .
Penggunaan 'lu' tu macam kasar , walaupun ada unsur gurauan disitu .
Bila budak budak dah belajar cakap macam tu , mulalah mereka terpengaruh nak praktikkan dekat orang lain .
Contoh terdekat, dekat mak bafak diorang sendiri lah .
Mak tanya ' 1 campur 2 berapa boboy?
Boboy jawab 'Lu fikir lah sendiri mak!'
Kalau ini anak aku , memang aku smackdown je .
Lama dah tak layan wrestling ni . Memang hobi aku masa muda muda dulu .
Ai love Stone Cold Steve Austin , how about yiu bebeh?


Bahasa jiwa bangsa.
Aku tak pasti sejak bila aku bersemangat kebangsaan bajet sayangi bahasa melayu sangat ni ,
tapi aku mula sedar bila aku sendiri termakan hati dengan cara orang sekarang bercakap .
Kasar sangat .
Aku kena mula semula .
Kaji balik bahasa ,

Budi Bahasa Budaya Kita .. teneneneng
(background music , Ai pilih lagu yang Siti Nurhaliza nyanyi tu , okay? )




p/s: bahasa juga penting bagi para blogger . Penggunaan bahasa berbeza membawa persepsi berbeza kepada para pembaca. Apa kau ingat , senang ke nak jadi blogger berjaya? Setakat dapatkan follower banyak banyak dengan berblogwalking jumping hopping jadah semua tu , tak membuatkan kau menjadi seorang blogger yang heh-bat . Renungkan .

0 comments:

Volver al inicio Volver arriba Kepala Bukan Untuk Dipijak; Tapi Berfikir. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.